Persediaan bergelar pengantin
baru zaman ini tidak seperti dulu. Setiap bakal pengantinsudah bijak
merancang apa yang bakal mereka inginkan ketika melangsungkan majlis
yang bakal meninggalkan kenangan yang indah itu.
Walaupun apa bentuk dan tema
majlis yang dirancang sebaiknya “ukurlah baju dibadan sendiri”. Majlis
yang penuh makna tidak semestinya mewah. Biar sederhana asalkan semua
yang dirancang, berjalan lancar.
Semua pihak gembira dan
merestui kamu berdua, ikuti dan tips dan panduan yang kami himpunkan dan
insyaallah, ia dapat membantu perancangan anda..
Senarai Semak Majlis Perkahwinan:
12 Bulan Sebelum Majlis.
Tentukan majlis akad nikah
dan majlis resepsi kedua-dua pihak.Menentukan bajet yang diperlukan
untuk kesemua majlis termasuklah bajet pengangkutan, bajet kecemasandan
sebagainya.Mula buat rujukan seperti, menentukan tema warna dan
sebagainya. (Hantaran, Pelamin, Bilik Tidur dan Lain-Lain Perhiasan yang
anda ingini.)Begitu juga dengan lokasi majlis sama ada di rumah, hotel
atau taman.
8 Bulan Sebelum Majlis.
Mengenal pasti baju pengantin
serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang ingin
diingini.Sebaik-baiknya lengkap dengan tudung supaya lebih sedondon
berbanding anda mencarinya sendiri.Tempah jurusolek dan juruandamuntuk
majlis perkahwinan anda.Daftar kursus pra-perkahwinan.Bakal pengantin
lelaki, semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan. (Jika
berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari
pertunangan anda).Dan lain-lain hantaran.
6 Bulan Sebelum Majlis
Menghadiri kursus
pra-perkahwinan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh jabatan agama
islam, pejabat agama daerah atau badan-badan islam swasta.Menempah kadi
untuk majlis perkahwinan anda.Menempah videografi atau jurufoto untuk
merakam detik-detik indah majlis perkahwinan anda.Memberi cincin
kahwin.Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menempah
katering.Jika ingin menggunakan khidmat katering, bincangkan, menu
hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.Contohnya
menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput. Menempah marhaban,
pasukan kompang dan DJ.Melakukan rawatan badan untuk kesegaran.
3 Bulan Sebelum Majlis
Memilih dan mencetak kad
jemputan kahwin.Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah
meja dan kerusi, menu dan sebagainya.Melakukan pemeriksaan kesihatan di
klinik.Bagi pengantin perempuan, kenalpasti orang saksi majlis
pernikahan anda.Manakala bagi wanita kematian bapa, sila pastikan siapa
wali nikah anda.Jika tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali
hakim dari mana-manajabatan agama islam untuk menikahkan anda.
2 Bulan Sebelum Majlis
Tentukan pengapit, jika perlu
carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.Menghantarkan kad
jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
3 Minggu Sebelum Majlis
Pastikan pakaian pengantin
telah siap dan ambil pakaian tersebut jika berpuas hati.Pastikan ada
seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan
berlangsung.Pastikan gaya anda tidak keterlaluan seperti seksi dan
tidak sesuai dengan bentuk anda.
3 Hari Sebelum Majlis
Menghias pelamin, bilik tidur
pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.Jika perlu
ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui
telefon.Hubungi jurufoto, juruvideo, dan lain-lain. (kompang, silat dan
sebagainya).Mandi air panas untuk bersama aromaterapi untuk kesegaran
badan.Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia
anda.Kenalpasti siapa yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada
hari perkahwinan anda. (Begitu juga di pihak lelaki).
Hari Majlis
Pastikan bawa kad pengenalan,
gambar, dan apa-apa dokumen yang diperlukan semasa majlis ijab dan
kabul.Pastikan wang mas kahwin tersedia pada hari tersebut dan
diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.Pastikan wang (upah untuk
diberikan oleh tok kadi).Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang
lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu yang
ditetapkan.Ambil sarapan untuk elakkan lapar, mengantuk dan tidak
maya.
Jangan terlalu risau menghadapi hari bahagia.Bertenang dan selalu
senyum.Pastikan majlis perkahwinan berjalan lancar seperti yang
direncanaka