Contributors

Wednesday, August 11, 2010

SALAM RAMADHAN 1431 / 2010

''YA ALLAH REDHAILAH DAN TERIMALAH SEGALA AMALANKU DIBULAN RAMADHAN INI SERTA AMPUNILAH SEGALA DOSA-DOSAKU YANG LALU..AMIN YA RABBALA'LAMIN''

Ramadhan 1431/2010

Semoga Ramadhan kali ini membawa sinar cahaya hidayah menuju redha Ilahi.
Nizam&Wiwin www.tips-fb.com

Thursday, August 5, 2010

Siri Artikel & Panduan Ringkas Persiapan Majlis Perkahwinan.

Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua
belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

Satu tahun – Sepuluh Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
•  Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan
•  Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan
•  Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak   bakal pengantin.
•    Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk   majlis perkahwinan tersebut.
•  Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang  anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
•  Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga,
   kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
•  Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini.
    (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
•  Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
•  Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
•  Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.

Bagi Pengantin Lelaki:
•  Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang  hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

 Lapan - Enam Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
•    Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
•    Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
•    Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan  anda.
•    Membeli cincin kahwin.
•    Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer.Jika ingin   menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
•    Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
•    Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
•    Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.(Sebaik baiknya lebih awal)
•    Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya.Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain. 

Tiga Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
•    Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
•    Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
•    Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.

Bagi Pengantin Lelaki:
•    Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
•    Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.

Bagi Pengantin Perempuan:
•    Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
•    Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.

Dua Bulan Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
•    Membeli barang kemas
•    Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
•    Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
•    Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda.

Tiga Minggu Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
•    Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
•    Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Bagi Pengantin Perempuan:
•    Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

Tiga Hingga Satu Hari Sebelum Perkahwinan:

Bagi Pengantin Lelaki & Perempuan:
•    Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•    Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
•    Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
•    Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•    Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut.
•    Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
•    Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
•    Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

Bagi Pengantin Lelaki:
•    Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

Bagi Pengantin Perempuan:
•    Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)



P/s - Mungkin  ada yg terlepas pandang didalam artikel ini, jadi anda dinasihatkan berbincang dengan ibu bapa, adik beradik saudara atau mereka yg lebih berpengalaman.. www.tips-fb.com